Falsafah Eklektik bermaksud gabungan atau panduan dari pelbagai sistem dan falsafah yang dipilih ataupun falsafah pendidikan yang tercipta dari pelbagai sumber.
1. Metafizik: Perkara khusus yang berkaitan dengan persoalan realiti,kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Persoalan Pendidikan: Apakah kehidupan? Apakah kewujudkan? Apakah alam semesta? 2. Epistemologi: Perkara khusus tentang persoalan ilmu dan pengetahuan dari aspek perolehan, jenis, sumber dan kesahannya. Persoalan Pendidikan: Apakah sumber pengetahuan? Apakah yang boleh manusia ketahui? Bagaimanakah manusia ada pengetahuan? Sejaumanakah pengetahuan boleh dipercayai? 3. Aksiologi: Perkara khusus mengenai persoalan nilai yang terdiri daripada etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Persoalan Pendidikan: Apakah yang patut disukai? Apakah hakikat kebagusan? Apakah yang sepatutnya diutamakan? Apakah yang sepatutnya menjadi cantik? 4. Logik: Perkara khusus tentang persoalan untuk membuat keputusan atau rumusan ya...
3.4.1 Mazhab Falsafah Barat 3.4.2 Aliran Falsafah Pendidikan Barat 1 . Falsafah Pendidikan Perenialisme pemikiran Plato Kebenaran adalah tulen yang bersifat sejagat dan tidak berubah dari dimensi ruang, masa dan budaya dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang bekekalan sepanjang peradaban dan tamadun manusia. Peranan guru ialah menyampaikan ilmu kepada murid kerana guru merupakan ornag yang pakar dan ilmunya tidak boleh dipersoalkan. 2. Falsafah Pendidikan Progresivisme Kanak-kanak membesar dengan keupayaan untuk bertindak sebagai peneroka, penjelajah dan mengadaptasi terhadap persekitaran sosial dan fizikalnya. Meletakkan murid seorang orang yang manpu mengenal pasti keperluan dan minat mereka sendiri Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu murid dalam aktiviti atau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. 3. ...
Cara Pelaksanaan Permainan Quiz Card Permainan ini dimainkan untuk membolehkan semua orang mempelajari dan memahami kandungan pelajaran ini yang berkaitan tentang Asas Falsafah Dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan cara yang menyeronokkan dan menggembirakan. Pengenalan Peraturan 1. Kad kuiz ini terdiri daripada 40 kad, setiap kad mempunyai soalan tentang pengetahuan asas unit ini. Kad kuiz ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 10 kad kuiz. 2. Permainan kad ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang dan tidak lebih daripada 10 orang. Dan salah satu ahli kan menjaga buku jawapan dan merekodkan markah. Dalam permainan tersebut, setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 2 pasukan untuk bertanding. 3. Semasa permainan, semua 10 kad akan diletakkan di tengah meja, Permainan ini akan dimainkan dalam permainan dadu yang mudah. Pemain yang mendapat jumlah nombor yang terbesar perlu mengeluarkan soala...
Comments
Post a Comment